Tuesday, November 1, 2016


Hye..Assalamualaikum. Woo setahun lebih bersawang blog ni. Semua window live writer la punya pasal kot. Since aritu cuba download live writer sejuta kali failed, so tetiba berhenti tulis blog, begitu?Jenis cepat putus asa sungguh wanita ini. 

So apa jadi dalam setahun ni? Seperti yang tertera di bawah : 

1. Still single - but not available kot. HAHA ok positif, memang tak available.

2. Masih menjaga kedai ku yang indah dan permai ini. Fuhhh!! Makin hari makin mencabar dunia perniagaan hari ini. Bila tengok graf sales makin hari makin turun, air mata pon turut sama turun. Tapi nak buat macam mana kan, kena be strong jugak la. Tapi yang best, masa susah cam gini lah kita boleh menilai siapa yang betul-betul iklas bersama kita, siapa yang sayangkan kita, dan macam-macam lagi lah.

3. Adik nombor 4 kahwin last year, due hujung bulan ni. Semoga Allah permudahkan segalanya. Yang nombor 7 pulak insyaAllah January 2017 akan kahwin. Semoga Allah permudahkan kan jugak semuanya sekali insyaAllah. 

4. Dah tukar nombor telefon yang lama, yess i did it dengan penuh bangga. And goodbye forever celcom, digi terbaik setakat ini. Nombor lama tu macam puaka pon ada. Rasa dah lepas satu beban kat bahu bila dah selamat block nombor itu. Innalillah... :p

5. Dah abis dah. Sampai nombor 4 je la. 


Tu je la kot untuk hari ni. Ni bukan fresh start pon tau, dan tak janji pon akan tulis lagi dalam masa terdekat ni. Melainkan ada request dari sesapa. HAHA macam lah kau tu glamour macam Warda. 


With love,
Sarah





Sunday, August 9, 2015

Monday, July 6, 2015

Hadapi Dengan Senyum

20150705210218

 

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua… Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

 

.

Monday, June 22, 2015

Sabd

 

66

.Love.

 

.

Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan

ramadhan-wallpaper

 

Terima kaseh Google untuk design simple seperti di atas.

Selamat menunaikan ibadah puasa yang bermula esok. Semoga kita semua diberi kekuatan oleh-NYA untuk menyempurnakan ibadah puasa tahun ini. Segala yang buruk pada bulan puasa tahun lalu kita buang jauh-jauh ye.

Puasa tahun ini, ada Yusuf dan Umar, Alhamdulillah. Yusuf soon akan berpindah ke Selangor dan Umar soon akan balik ke Dungun. Gonna miss you babies. Hukhuk. InsyaAllah gambar raya sekeluarga nanti akan lebih meriah. InsyaAllah.

Ramadhan kedua kami. Semoga Ramadhan tahun hadapan akan lebih bermakna. InsyaAllah. Allah knows best.

Marhaban Ya Ramadhan 1436 Hijriyah / 2015 Masehi.

 

-S-

 

.

Wednesday, June 10, 2015

Sigh~

 
 
i-will-wait-for-you-because-honestly-saying-quotes

 

.

Monday, June 8, 2015

To Wait or To Forget?

 

IMG-20150508-WA0011

 

Some say,

Its painful to wait for someone,

Some say,

Its painful to forget someone

BUT

The worst pain comes,

When you don’t know,

To wait or to forget!

 

-S-

 

.

Saturday, March 21, 2015

When Sarah Says

Assalam.

Sabtu.Tenang menyiapkan kerja-kerja tertunggak.Amirah masuk lepas Zohor.Sorang-sorang sunyi sepi sambil hirup hazelnut coffee. *sigh*

Kadang-kadang bertanya pada diri sendiri, kenapa selalu tidak bernasib baik dalam percintaan. Kenapa sering dapat apa yang tidak pernah daku pinta. Kenapa seringkali bermain air mata. Adakah semua ini kifarah dosa lama? Allahu.

Kalau air mata ini ibarat air didalam tangki, sudah lama kering agaknya. Tangki pon sudah lama berkarat.

Aku hanya ingin bahagia seperti teman-teman yang lain, ingin bina keluarga seperti kalian semua. Ingin menjaga dan dijaga.

Hebatnya perancangan mu Ya Allah. KAU tidak memberi ujian kepada insan yang tidak kuat, bukan?

KAU belum memberi kerana KAU tahu aku belom bersedia, bukan?

Aku percaya perancangan MU adalah sebaik-baik perancangan yang ada. Cuma kadang-kadang aku lemah. Kadang-kadang aku sedih. Kadang-kadang aku cemburu dengan insan-insan lain. Aku lemah, selemahnya aku.

 

S 

.

Wednesday, March 18, 2015

Say it

 

FullSizeRender

 

I find that the best way to do things is to constantly move forward and to never doubt anything and keep moving forward, if you make a mistake say you made a mistake.

 

.

Monday, March 16, 2015

At The Beach

Assalam..hye.

Last entry daku ada cakap, baik bertenang di pantai, baik meluah pada pantai. Sebab pantai takkan lari. So, a few days ago myself went to the beach HAHA. Best gila. Lunch and dinner depan pantai. Tidur dibuai dengan bunyian ombak. Ahhh nyaman gila. Lari dari dunia sebentar. Handphone tak penting dah masa tu.

1

3 

After a visit to the beach, it’s hard to believe that we live in a material world.

 

.

Thursday, March 12, 2015

Life Goes On

 

123

Assalam..hye.

“What Ever Happens, Life Goes On..”

Dah umur 30 tahun ni, dah boleh simpulkan yang walau apa pon berlalu, kehidupan kena lah diteruskan. Kadang tak faham orang yang ambil jalan singkat, bila ada masalah terus nak bunuh diri lah, terjun bangunan lah, come on lah!

Masalah itu adalah suatu ujian hidup. Allah tak uji kita di luar kemampuan kita. How we handle things tu yang paling penting kot. Instead of terjun bangunan bagai, lagi bagus pergi lepak pantai. Myself pilih pantai, sebab pantai sangat best.  Sebab pantai sangat tenang. Sebab pantai sangat damai. Teruskan lah hidup, ikut cara masing-masing. Tak ramai orang nak bersama kita dikala kita dilanda masalah. Jadi, pergi lah pantai, sebab pantai setia, pantai tak lari.

Dulu masa jatuh, selalu tanya pada diri dimana aku akan berdiri suatu hari nanti. Alhamdulillah, walau tak jadi orang hebat, tapi dah boleh berdiri ni rasa syukur sangat. Rasa boleh bernafas. Sebab Allah dah rancang semua rupanya. Kita hanya perlu teruskan kehidupan dan berdoa semoga semua di permudah. Manusia-manusia di sekeliling ni takyah cakap lah. Sekejap ada sekejap takda. Yang betul-betul ada dari dulu sampai sekarang hanya dua tiga kerat je. Sahabat dunia akhirat. Sahabat susah senang. Allah saja yang dapat balas jasa-jasa kalian selama ini. Kami geng pintas jaya jyeahh!!

“Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya.”

 

Life goes on.

S 

.  

Tuesday, March 3, 2015

Me Random

Bismillah.

Good luck Amira untuk result SPM yang keluar hari ni. Apa-apa pon result, it is not everything. But sure it is something. Takmo sedih-sedih ok.

To someone in Labuan currently and kejap lagi nak ke laut dah, today is your big day. Happy Birthday. May Allah Bless you always.

Kehidupan seminggu ni agak bermain kasar dengan diri ni. Nasib baik ada jiwa yang kental, hari ni dah stabil jiwa dan minda. Apa yang boleh disimpulkan, manusia memang kejam. Kadang-kadang kita tidak mampu melawan, duduk dan berdoa la. Walau di dunia kita kalah, akhirat penentu segalanya. Maafkan saja mereka. Angkat kepala, pandang ke hadapan, dan teruskan kehidupan. 

A few days ago berkesempatan jumpa sorang Motivator hebat, Raja Shamri Raja Husin. Nice talk, bro. Thanx untuk segala tips bagaimana hendak seorang menjadi usahawan yang berjaya. Tergiang-ngiang lagi kata-kata beliau :

“Awak selalu dikecewakan oleh lelaki. Betul tak apa yang saya kata? “

“Jangan biarkan diri awak jatuh oleh sebab lelaki”

I was like &^$%^^$&%#&^%$*^$*%^. Gila. Sebijik kena atas muka ni. Pandai dia baca. Anyway thanx untuk nasihat tu. InsyaAllah akan ingat. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi tidak lama lagi.

happines

Glad to know ada ramai yang baca blog ni rupanya. Ada ramai yang ikut perkembangan diri ini rupanya. Blushing kejap. Terima kasih.

Dah habis tulis.

Akhirnya hanya ada aku dan hati kental ini sahaja.

 

.

Saturday, February 28, 2015

Alahaiii

 

C360_2015-02-02-21-47-27-112

  Jangan pernah kau coba untuk berubah

Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Jangan pernah kau coba untuk berubah

Tak relakan yang indah hilanglah sudah

 

.

Saturday, February 7, 2015

When Sarah Says

Sudah dua bulan tidak ber-blog rupanya. Sibuk dengan kehidupan sehingga blog bukan lagi keutamaan ku seperti dulu-dulu. Lagi pon ada ke orang nak baca heh!

Sabtu di kedai, pagi-pagi begini customer jarang-jarang. Sudah ku arahkan si Amira ke bandar uruskan urusan bank. Amira who?? HAHA. Pembantu di kedai yang dah sebulan bekerja disini. Bagus budak nya, rajin dan boleh diharapkan. Bekerja untuk mengisi masa lapang katanya. Emak dan ayah nya baik sangat. Boleh masuk kepala orang kata.

Owh, since January 2015, daku dah official jadi Iphone user. Kah! Ini bukan lagak, ini lebih kepada memberitahu dan excited sebab tak pernah sampai langit ke tujuh ada hajat nak pakai Iphone kan. Apatah lagi ini merupakan pemberian dari insan Tersayang. Terima kasih daun keladi nanti bagi lah lagi haha. Its Iphone 6 128GB, gold color. Dah jatuh cinta pon. Tangan kiri main Iphone yang tersayang kasi, tangan kanan main Note yang ayah tercinta kasi. Wahh! Rezeki nama nya. Semoga kalian-kalian semua tidak diputuskan rezeki oleh Allah swt.

Perniagaan berjalan lancar, tanpa sebarang masalah yang rumit. Melainkan masalah modal pusingan yang sentiasa menghantui usahawan muda kan. Ditambah pula dengan LO yang berlambak bila entah customer nak bayar. Patutlah banyak usahawan muda berhenti separuh jalan sebab tak sempat nak pusing modal. Government please take note, atleast dahulukan dengan deposit kasik lepas duit modal usahawan, jangan kasik cekik usahawan muda kesian depa nak survive. Nak stop amik order macam tak sampai hati kan. Macam lah government baca entry hina aku ni heh!

Family? Family ok saje. Kehadiran Ahmad Yusuf memang sangat membuatkan kehidupan bertambah ceria. Si kecik Yusuf dah boleh keluarkan suara. Dah boleh angkat kepada kalu letak dia meniarap. Dah tiga bulan lebih dah si Yusuf. Sayang dia ketat-ketat. Cepatla besar nak ajak pergi main air pantai HAHA. Putih melepak persis bonda dan ayah. Tak lama lagi InsyaAllah Yusuf akan dapat sepupu. Semoga Allah permudahkan semuanya.

 Tu jela. Curi 5 minit untuk tulis menda ni. Nak sambung kerja. Malas gila kot tapi kena lawan lawan lawaaannnnnnnnn.

 

Tq,

S 

.

Saturday, October 4, 2014

Selamat Hari Lahir

 

Kumpulan Kata-kata Ucapan Selamat Ulang Tahun

 

Bertambah usiamu,

Bertambah ujian hidupmu,

Bertambah pengalamanmu,

Bertambah kematanganmu,

Semoga dengan segala pertambahan itu akan membuatkan dirimu semakin dekat dengan Pencipta.

InsyaAllah.

Selamat Hari Lahir, Cinta.

 

.

Monday, September 29, 2014

“I AM” Nametag

 

NDC nametag

 

"I AM" Nametag dari NDC dah sampai ke seluruh Malaysia Alhamdulillah.

Terima kasih kepada customers, repeat customers dan ejen-ejen diatas sokongan ANDA semua.

Yang berminat untuk menjadi EJEN NDC boleh PM atau wassap 013-9664567.

 

"I AM" Nametag - RM3.50/pc

 

.

Saturday, September 27, 2014

Sharing is Caring

 

byamesarra

 

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dikalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"

- Imam Hasan Al-Basr -

 

.

Wednesday, September 10, 2014

I just wanna be happy

 

I-want-to-live-my-life-without-stress

Tekanan,

Yang memberi rasa beban,

Sehingga apa yang kau inginkan adalah duduk bersendirian,

Duduk memikir masa hadapan?

Bukan,

Duduk memikirkan bilakah pengakhiran.

 

Tekanan,

Yang memberi rasa sayu,

Yang membawa rasa tiada mampu,

Yang menunjukan siapakah aku,

Aku yang hanya ingin bisu,

Tanpa bertutur denganmu

 

Gembira,

Hadirlah dikau sekali lagi,

Menggantikan gundah di dalam diri,

Hadirlah dikau ku merayui,

Kembali menjadi menyeri hari,

Gembira hadirlah dikau,

Supaya aku menjadi aku kembali.

 

.

Tuesday, September 9, 2014

Struggle

 

 

Where-there-is-no-struggle__quotes-by-Oprah-Winfrey-90

 

.

Tuesday, September 2, 2014

#sabd

 

love-hearts-clip-art-MKingRycq

Percikan sinar matamu singgah di hati
Bergetar bibirku bisu sukar mengerti
Pantasnya diri tertawan
Tak sempat berkelip aku kau punya

 

.