Alhamdulillah. Nisfu Syaaban datang lagi. Semalam BOD email kepada semua staff di office untuk ingatkan kami tentang malam Nisfu Syaaban. Ajak semua staff untuk berpuasa beramai-ramai, insyaAllah ada keberkatan. Alhamdulillah juga, setakat entry ini di taip, saya masih berpuasa. Kawan-kawan yang lain juga berpuasa. Tapi bukak puasa nanti asing-asing lah hehe.
So, untuk berkongsi dengan anda, sini ada sedikit info tentang Nisfu Syaaban.
“Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa”
“Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu”
“Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib)”
Gerun sorang-sorang bila ingat yang buku lama sudah ditutup. Banyak nya dosa di buku yang lama. Semoga diri ini akan sentiasa istiqamah dalam melalui buku yang baru. Semoga kesilapan di buku yang lama tu tidak berulang lagi..inyaAllah. Nisfu Syaaban is a sign to us that Ramadan is just around the corner. Sempat lagi nak ganti puasa bagi yang belum habis ganti tu yek.
Rupa-rupanya tarikh 5 Julai Nisfu Syaaban ni jatuh pada hari yang sama dengan Ulang Tahun Perkhahwinan Emak & Ayah saya..Ulang tahun yang ke 28 dah. Wah lamanya dah bersama kan. Sebagai meraikan ulang tahun ni, kami satu family pakat untuk puasa. Terima kasih mak ayah kerana membesarkan kami 8 beradik. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian berdua.
Esok balik hometown lalala.
.
No comments:
Post a Comment