Saturday, February 7, 2015

When Sarah Says

Sudah dua bulan tidak ber-blog rupanya. Sibuk dengan kehidupan sehingga blog bukan lagi keutamaan ku seperti dulu-dulu. Lagi pon ada ke orang nak baca heh!

Sabtu di kedai, pagi-pagi begini customer jarang-jarang. Sudah ku arahkan si Amira ke bandar uruskan urusan bank. Amira who?? HAHA. Pembantu di kedai yang dah sebulan bekerja disini. Bagus budak nya, rajin dan boleh diharapkan. Bekerja untuk mengisi masa lapang katanya. Emak dan ayah nya baik sangat. Boleh masuk kepala orang kata.

Owh, since January 2015, daku dah official jadi Iphone user. Kah! Ini bukan lagak, ini lebih kepada memberitahu dan excited sebab tak pernah sampai langit ke tujuh ada hajat nak pakai Iphone kan. Apatah lagi ini merupakan pemberian dari insan Tersayang. Terima kasih daun keladi nanti bagi lah lagi haha. Its Iphone 6 128GB, gold color. Dah jatuh cinta pon. Tangan kiri main Iphone yang tersayang kasi, tangan kanan main Note yang ayah tercinta kasi. Wahh! Rezeki nama nya. Semoga kalian-kalian semua tidak diputuskan rezeki oleh Allah swt.

Perniagaan berjalan lancar, tanpa sebarang masalah yang rumit. Melainkan masalah modal pusingan yang sentiasa menghantui usahawan muda kan. Ditambah pula dengan LO yang berlambak bila entah customer nak bayar. Patutlah banyak usahawan muda berhenti separuh jalan sebab tak sempat nak pusing modal. Government please take note, atleast dahulukan dengan deposit kasik lepas duit modal usahawan, jangan kasik cekik usahawan muda kesian depa nak survive. Nak stop amik order macam tak sampai hati kan. Macam lah government baca entry hina aku ni heh!

Family? Family ok saje. Kehadiran Ahmad Yusuf memang sangat membuatkan kehidupan bertambah ceria. Si kecik Yusuf dah boleh keluarkan suara. Dah boleh angkat kepada kalu letak dia meniarap. Dah tiga bulan lebih dah si Yusuf. Sayang dia ketat-ketat. Cepatla besar nak ajak pergi main air pantai HAHA. Putih melepak persis bonda dan ayah. Tak lama lagi InsyaAllah Yusuf akan dapat sepupu. Semoga Allah permudahkan semuanya.

 Tu jela. Curi 5 minit untuk tulis menda ni. Nak sambung kerja. Malas gila kot tapi kena lawan lawan lawaaannnnnnnnn.

 

Tq,

S 

.

2 comments:

MzTwo Enterprise said...

aku mah apa atuh

Lyranadya said...

nadia still follow blog sarah...hehehe