Saturday, March 21, 2015

When Sarah Says

Assalam.

Sabtu.Tenang menyiapkan kerja-kerja tertunggak.Amirah masuk lepas Zohor.Sorang-sorang sunyi sepi sambil hirup hazelnut coffee. *sigh*

Kadang-kadang bertanya pada diri sendiri, kenapa selalu tidak bernasib baik dalam percintaan. Kenapa sering dapat apa yang tidak pernah daku pinta. Kenapa seringkali bermain air mata. Adakah semua ini kifarah dosa lama? Allahu.

Kalau air mata ini ibarat air didalam tangki, sudah lama kering agaknya. Tangki pon sudah lama berkarat.

Aku hanya ingin bahagia seperti teman-teman yang lain, ingin bina keluarga seperti kalian semua. Ingin menjaga dan dijaga.

Hebatnya perancangan mu Ya Allah. KAU tidak memberi ujian kepada insan yang tidak kuat, bukan?

KAU belum memberi kerana KAU tahu aku belom bersedia, bukan?

Aku percaya perancangan MU adalah sebaik-baik perancangan yang ada. Cuma kadang-kadang aku lemah. Kadang-kadang aku sedih. Kadang-kadang aku cemburu dengan insan-insan lain. Aku lemah, selemahnya aku.

 

S 

.

1 comment:

nieja said...

sabar babe,
insyaallah one day nant u
jmpe mr.right