Monday, February 27, 2012

I'm Such a Girl For The Living Room. I Really Like To Stay In My Nest And Not Move

 

Short entry.Make it fast Sarah!!

Ok. Me duduk menyewa sorang-sorang saja. Sudah cuba cari housemate di mudah.com dan sangat mendapat sambutan. Tapi bila tiba masa orang datang nak tengok rumah, me tukar fikiran. Eh tak boleh lah ada orang asing didalam rumah. Rasa kekok untuk bergerak dan melalak. Yeayy lebih baik duduk sorang-sorang cakap dengan dinding dari duduk dengan orang asing entah dari planet mana kan. So setahun duduk sorang-sorang, isi rumah dah mula banyak. Dari ada bantal dan tilam saja dulu, sekarang dah ada macam-macam.

Ini bukan membazir for me, ini keselesaan. Kalau ada duit lebih dari beli bajuuuuuu je baik beli carpet ke, lampu ke, barang dapur ke. Kan? So that happen to me lately. Dapur pon dah penuh barang. Tapi bukan reti nak masak sangat pon. Tapi nak beli lebih-lebih cozy segala bagai kena tunggu beli rumah dulu la. Kalau setakat rumah sewa ni baik tak payah. Yang cozy-cozy tu tunggu me kawen bulan lapan ni ye insyaAllah.

Duduk berangan lah nak living room yang cozy and stylo tahap cipan kan. Duit tabung asik habis kat service kereta je HAHA. Hope one day bila dah ada rumah sendiri boleh dapat living room yang diidamkan. Amin.

1

2

5

3

Sekarang bersyukur dengan living room yang ada. Yang penting keperluan asas semua ada.Alhamdulillah.Tak cantik tak cozy tapi wangi tu ada. Langsir tu memang macam cikai sebab belum pasang penyangkut besi tu apa nama ek. Doakan me mampu untuk beli rumah cepat-cepat amin amin amin. Entah kenapa warna merah ni menyerap cepat dalam kehidupan.

IMG01609-20120128-1459

 

.

No comments: